Thursday, September 2, 2010

konflik

Baiklah, aku ade satu soalan. Adakah pompuan betul-betul datang dari Planet Kerempujot, nun jauh di angkasa?

Sebab kadang-kadang aku mendapati diorang cakap bahasa yang sama dengan aku, tapi maksud diorang langsung tak sama. Muke diorang pulak suke memainkan emosi berlawanan.

Kalau marah, buat muke selamba ("I tak marah, I tak kesah pon") pastu tetibe letak talipon sambil hempas, padahal henpon bukannye bleh hempas, jadi die saje ketuk-ketuk 3 kali atas meja pastu klik butang letak talipon.

Kalau gembira, diorang nangis ("I.. *srott*... nangis.. *hnsff*.. sebab.. adik.. I.. *srotttt*... dapat 5A! Happy sangat! *abiskan tisu tandas buat lap ingus*)

Kalau suke, diorang buat muke mencebik ("Ish cantik ke ni? Biase je I tengok. Takpela, belila LAPAN.")

Paling penting, bile diorang cakap OK, seperti dalam perbualan di bawah :

"Sori la, I lupe. Nanti I buat."
"OK."

Menurut kamus aku, perkataan OK bermaksud "agreeable, satisfactory, good, correct".

Tapi malangnye aku tak tau bahawa dalam kamus diorang, OK bermaksud "Hah ye lah tu, bape kali nak lupe? Bulan lepas dah lupe, minggu lepas pon lupe, Isnin haritu pon lupe. Hari ni nak lupe lagi. Jangan call dalam mase 2 hari. Kat Facebook pon jangan tegur. Tak payah nak mintak-mintak maaf. I nak merajuk ni."

Mane aku bleh agak maksud cenggitu?

Bengonglah. Sumpah lepas aku habis belajar aku nak cipta women emotion sensor, yang boleh dipasang kat dahi pompuan, tak payah aku nak teka-teka emosi diorang. Hanya perlu tengok kat dahi, sama ada "happy", "sad", "PMS", "really bad PMS", "just found out she's pregnant", "menopausal", atau "horny as Tiger Woods on Ambien.

No comments:

Post a Comment